Khamis, 9 Januari 2020

POLIS PERAK TERUS PANTAU LTTE, KUMPULAN EKSTREMIS


IPOH - Polis Perak akan terus MEMANTAU PERKEMBANGAN IDEOLOGI EKSTREMIS serta KECENDERUNGAN MENYOKONG PERGERAKAN PENGGANAS SEPERTI GERAKAN HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LTTE), KOMUNIS DAN MILITAN DAESH.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya melalui risikan yang dilakukan oleh Cawangan Khas akan terus memantau pergerakan aktiviti kumpulan-kumpulan ekstremis tersebut.

Menurutnya, secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Perak masih dalam keadaan terkawal.

"Namun demikian, PDRM perlu sentiasa berjaga-jaga dengan beberapa perkara yang dibimbangi boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

"Selain itu, pemantauan kegiatan jenayah berunsur penyeludupan dadah, imigran dan perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara perlu dipertingkatkan," katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak bagi Bulan Januari 2020 di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, kadar keseluruhan kes jenayah di Perak pada tahun 2019 mencatatkan penurunan sebanyak 4.2 peratus iaitu 216 kes berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, antara PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN pada 2019, Polis Perak menerusi JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK BERJAYA MENUMPASKAN ENAM MAKMAL DADAH di negeri ini dengan nilai harta yang disita berjumlah RM4.75 juta iaitu peningkatan sebanyak 120 peratus berbanding tahun 2018.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...