KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) --
Seorang pensyarah kolej terpaksa berputih mata apabila kereta Honda Accord
miliknya dilarikan dua lelaki yang tidak dikenali, di Batu Caves, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali
Ahmad berkata ketika kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa yang berusia 59 tahun
berada di hadapan rumahnya.
Beliau berkata salah seorang
suspek bertindak meletakkan pisau di leher mangsa dan mengarahkannya memandu
kereta itu menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebelum berhenti di
sebuah stesen minyak.