KUANTAN: Seorang lelaki yang baru mengeluarkan wang dari bank dan kemudianya singgah untuk minum di sebuah kedai kopi kerugian RM36,400 apabila wang terbabit yang disimpan di dalam kereta dikebas pencuri. Mangsa yang berumur 45 tahun sebelum itu berurusan di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail berhampiran kedai kopi.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Ashikin Shamsuri berkata kejadian itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari.
"Cermin depan sebelah kiri kereta mangsa telah dipecahkan dan mangsa turut ternampak dua suspek yang menaiki motosikal melarikan diri dari situ.
"Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.