Rabu, 29 Ogos 2012

Taktik licik keluarga penyamun


Taktik licik keluarga penyamun
PUCHONG – Seorang lelaki menunggang motosikal bersama seorang wanita dan dua anak kecil dipercayai sekeluarga dikesan melakukan ugutan dan jenayah samun terancang dengan berpura-pura kononnya anak mereka dilanggar kenderaan mangsa sebelum menyamun mereka.

Insiden itu  berlaku kepada seorang pemandu lori, Yong Chin Wan, 68, ketika membuat penghantaran produk makanan dari Jalan Kuchai Lama ke kilangnya di Taman Perindustrian Puchong.

Menceritakan detik malang itu, Chin Wan berkata, dia ditahan lelaki sama sebanyak dua kali.

Motosikal terpaksa naik lif


Motosikal terpaksa naik lif
PETALING JAYA – Tidak selamat! Itu tanggapan penduduk Blok 6, Flat Desa Mentari apabila terpaksa berhadapan dengan risiko kehilangan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir tingkat bawah blok berkenaan.
Keadaan itu, memaksa sesetengah pemilik menyimpan motosikal naik ke unit kediaman masing-masing menggunakan lif.
Penduduk Asri Iftar,46, berkata, fenomena motosikal dibawa naik dan disimpan di  rumah adalah alternatif  terbaik mengelak motosikal hilang.

Pelawak Terkenal Imuda Kerugian RM7,000 Rumah Dipecah Masuk


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.

Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang Isnin selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya pada Selasa.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru. BERNAMA

Mayat Lelaki Ditemui Di Pantai Pusat Latihan Maritim Sarawak

Gambar hiasan

MIRI, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan objek tajam, di pantai Pusat Latihan Maritim Sarawak Kuala Baram, di sini Selasa.

Mayat lelaki itu ditemui separuh bogel dalam keadaan tangannya diikat di belakang badan dengan seluar dalam, kata Ketua Polis Miri ACP Mun Kok Keong kepada pemberita, di sini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, lelaki yang dianggar berusia 30-an itu dibunuh dalam tempoh 24 jam lepas.

Mayat Lelaki Dipercayai Mangsa Bunuh Ditemui Dalam Longkang Di Klang

Gambar hiasan

KLANG, 28 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam keadaan kedua-dua kakinya berlipat ke bahagian belakang badan di paras pinggang dan diikat, di dalam sebuah longkang di Kilometer 14 Lebuhraya Shapadu dari Klang menuju ke Pelabuhan Utara di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara DSP Yong Fun Kun berkata mayat lelaki rakyat asing itu dipercayai berada dalam longkang berkedalaman satu meter itu sejak empat hari lepas.

"Mayat mangsa ditemui terapung dengan hanya memakai seluar dalam, berada dalam keadaan berulat dan hampir reput ketika ditemui pada pukul 3.20 petang tadi," katanya di sini Selasa.

Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam pada dada dan kecederaan ringan pada anggota lain mayat itu.

"Kami tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh berdasarkan keadaan kakinya yang diikat dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...