Khamis, 19 Oktober 2017

TAWAR KHIDMAT SEKS KEPADA POLIS

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan didenda RM4,000 atau empat bulan penjara selepas didapati bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Selasa lalu.

Tertuduh, Tang Moy Lan, 51, melakukan kesalahan itu di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling, pada jam 10.40 malam, dua hari lalu.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas Tang mengaku salah terhadap tawaran khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Tang yang tidak diwakili peguam bagaimanapun gagal membayar denda itu.

Malah dia juga menggelengkan kepalanya ketika Zuhair meminta dirinya mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.


Ssumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...