Ahad, 8 Julai 2012

SAMUN BERSENJATA PARANG LAGI ????


Gambar hiasan

Warga Emas Disamun Tiga Lelaki Bersenjatakan Parang

KUANTAN, 7 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas dan keluarganya disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di rumah mereka di Taman Rimba, Mentakab.

Dalam kejadian 7.50 pagi tadi, tiga suspek yang menaiki sebuah kereta berhenti di depan rumah mangsa sebelum menyerbu masuk ke kawasan rumah dan mengacukan parang ke lehernya.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menampal pelekat cukai jalan di keretanya.

"Mangsa kemudian dikurung di dalam sebuah bilik bersama isteri dan dua lagi anaknya," katanya kepada Bernama pada hari Sabtu.

Beliau berkata suspek kemudian menggeledah rumah mangsa dan melarikan sebuah komputer riba serta wang tunai berjumlah RM8,000.

"Polis percaya tiga suspek terbabit adalah kumpulan sama yang bergiat aktif melakukan jenayah samun di Temerloh dan di daerah lain," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.  -- BERNAMA

HUSAM DINAR DALAM KEADAAN TERTEKAN ???


Polis Akan Siasat Dakwaan Skandal Dinar Emas Kelantan

KOTA BAHARU, 7 Julai (Bernama) -- Polis akan menyiasat dakwaan skandal dalam urus niaga dinar emas kendalian Kelantan Golden Trade Sdn Bhd jika ada fakta yang menyokong laporan polis oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang penulis blog.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata itu adalah laporan polis kedua yang diterima berhubung isu tersebut.

"Laporan pertama itu telah kita serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Laporan kali kedua ini mereka mahu polis siasat.

"Kalau ada fakta kita akan siasat. Kalau ada kes prima facie kita akan teruskan," katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Keluarga Polis Kelantan, di Pengkalan Chepa, di sini.

Pada Jumaat, NGO berkenaan dan penulis blog 'Kickdefella' Syed Azidi Syed Abdul Aziz bertindak membuat laporan polis berhubung dakwaan skandal dalam pengeluaran dirham dan dinar emas membabitkan anak syarikat kerajaan Kelantan itu.  -- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...