Ahad, 8 Julai 2012

HUSAM DINAR DALAM KEADAAN TERTEKAN ???


Polis Akan Siasat Dakwaan Skandal Dinar Emas Kelantan

KOTA BAHARU, 7 Julai (Bernama) -- Polis akan menyiasat dakwaan skandal dalam urus niaga dinar emas kendalian Kelantan Golden Trade Sdn Bhd jika ada fakta yang menyokong laporan polis oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang penulis blog.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata itu adalah laporan polis kedua yang diterima berhubung isu tersebut.

"Laporan pertama itu telah kita serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Laporan kali kedua ini mereka mahu polis siasat.

"Kalau ada fakta kita akan siasat. Kalau ada kes prima facie kita akan teruskan," katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Keluarga Polis Kelantan, di Pengkalan Chepa, di sini.

Pada Jumaat, NGO berkenaan dan penulis blog 'Kickdefella' Syed Azidi Syed Abdul Aziz bertindak membuat laporan polis berhubung dakwaan skandal dalam pengeluaran dirham dan dinar emas membabitkan anak syarikat kerajaan Kelantan itu.  -- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...