SHAH ALAM - [Dikemaskini] Kemeriahan sambutan
hari kelahiran bertukar menjadi tragedi yang menyedihkan apabila gadis berusia
19 tahun hilang selepas menjamu selera kira-kira jam 8 malam di sebuah
restoran, dekat Bukit Tinggi 2, Klang, Rabu lalu.
Mangsa, Nurul Syahirah Sarif, seorang graduan
Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah,
Melaka, dikatakan melarikan diri selepas berlaku perselisihan faham dengan
teman lelakinya.
Menurut bapa mangsa, Sarif Mohd Nor, anaknya keluar
bersama tiga rakannya pada Rabu lalu namun didapati tidak pulang selepas tiga
jam melarikan diri dengan hanya berjalan kaki menghala ke Lebuhraya Shah Alam
(Kesas).