Sabtu, 16 November 2013

Gadis hilang sejak Rabu lalu

Syahirah

SHAH ALAM - [Dikemaskini] Kemeriahan sambutan hari kelahiran bertukar menjadi tragedi yang menyedihkan apabila gadis berusia 19 tahun hilang selepas menjamu selera kira-kira jam 8 malam di sebuah restoran, dekat Bukit Tinggi 2, Klang, Rabu lalu.

Mangsa, Nurul Syahirah Sarif, seorang graduan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka, dikatakan melarikan diri selepas berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya.

Menurut bapa mangsa, Sarif Mohd Nor, anaknya keluar bersama tiga rakannya pada Rabu lalu namun didapati tidak pulang selepas tiga jam melarikan diri dengan hanya berjalan kaki menghala ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

"Rakan-rakannya tidak menemui beliau selepas mereka selesai menjamu selera di sebuah restoran tidak jauh dari rumah saya.

"Walaupun ketika kejadian rakannya bergegas mengejar anak saya hingga lewat 12 tengah malam, namun mereka tidak menemui kelibat anak saya," kata Sarif kepada Sinar Harian Online, di sini, hari ini.

Sarif yang bertugas di Jabatan Pentadbiran, Karangkraf Sdn Bhd tidak menyangka perkara buruk itu akan menimpa keluarganya sambil mengharapkan bantuan rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang menemui anaknya agar kembali ke pangkuan keluarga dengan segera.

Selepas 24 jam kehilangan anaknya itu, beliau terus membuat satu laporan polis di Balai Polis Pandamaran pada jam 9.30 malam semalam.

"Jika sesiapa mempunyai maklumat atau terlihat anak saya, boleh menghubungi saya di talian 019-3816773 atau melaporkannya terus ke balai polis berhampiran," katanya.


Syahirah tidak dapat dihubungi keluarganya sejak beliau menghilang diri, Rabu lalu.

Sumber:sinarharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...