Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mac 2011

UPP Rampas Rokok Seludup Bernilai RM5,800 Dgn Cukai RM27,553

ALOR SETAR, 22 Mac (Bernama) -- Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah menahan seorang lelaki yang membawa 295 karton rokok seludup bernilai RM5,800 melibatkan cukai bernilai RM27,553 di Jalan Tokong Yard di sini Selasa.

Komander UPP Kedah Mohd Jasri Othman berkata hasil maklumat awam pihaknya yang diketuai oleh Komander UPP Kuala Kedah Wan Mazlan Endut dan dua anggota menahan suspek berusia 44 tahun yang dipercayai dari Pulau Pinang ketika dia menuju ke sebuah kedai runcit di Jalan Tokong Yard untuk menjual rokok yang diseludup dari Langkawi kira-kira pukul 10.30 pagi.

Selasa, 22 Mac 2011

Mayat berlumuran darah ditemui

KULIM - Mayat seorang lelaki berusia 20-an ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian badan di sebuah bangsal dekat ladang buah-buahan di Taman Macang Manis bersempadan dengan Kulim kira-kira jam 11 pagi semalam. 

Mayat dalam keadaan terbaring itu ditutup dengan plastik oleh penduduk kampung yang menemuinya. 

Menurut waris mangsa yang berada di tempat kejadian berkata, mangsa mengidap penyakit barah tulang. 

Mayat Lelaki Ditemui Berhampiran Puncak Gunung Jerai

YAN, 21 Mac (Bernama) -- Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh, ditemui berhampiran puncak Gunung Jerai di sini, pagi Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Supt Low Thiang Huat berkata mayat dengan beberapa liang kesan tusukan senjata tajam itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang berjogging sekitar gunung berkenaan pada kira-kira pukul 8 pagi.

"Pemeriksaan mendapati bahagian leher mayat itu terdapat kesan ia ditikam sehingga tembus, dan satu lagi kesan tikaman dikesan di bahagian belakang badan," katanya ketika ditemui di lokasi mayat dijumpai di sini hari ini.

Khamis, 17 Mac 2011

Tiga remaja perempuan diburu

KULIM - Usaha untuk menahan tiga remaja perempuan warganegara China yang terlibat dalam beberapa kes penipuan dan pukau melibatkan kerugian sehingga ribuan ringgit menemui kegagalan apabila mereka tidak hadir untuk mengambil wang dari salah seorang mangsa di Pasar Kulim pagi kelmarin. 

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, ketiga suspek itu sering menjalankan aktiviti berkenaan di sekitar Kulim dan sehingga kini usaha masih diteruskan untuk merangkap mereka. 

Ahad, 13 Mac 2011

Kerajaan Negeri akur arahan polis

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akur pada arahan Polis Bukit Aman apabila diminta mengadakan program pidato kemasyarakatan secara tertutup berikutan menampilkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR). 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, program yang dirancang diadakan di pentas terbuka di pekarangan Stadium Darul Aman terpaksa diubah ke dalam stadium atas arahan baru yang dikeluarkan itu. 

“Saya akur pada arahan itu kerana tidak mahu adanya insiden tidak diingini berlaku. Mulanya pihak polis membenarkan kita adakan di pentas terbuka, namun di saat akhir atas faktor keselamatan, ia diubah ke dalam stadium,” katanya pada sidang media, selepas merasmikan Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera, malam semalam. 

Jumaat, 11 Mac 2011

2 pasangan suami isteri ditahan

KAMPUNG SUNGAI NAMEK - Tindakan nekad dua pasangan suami isteri mengejar keuntungan segera dengan menjual air daun ketum bagi mendapatkan pendapatan sampingan akhirnya membawa padah apabila mereka berjaya ditahan, awal pagi semalam. 

Difahamkan, kedua-dua lelaki yang ditahan dalam kes berasingan mempunyai talian persaudaraan dan mereka dipercayai melakukan perniagaan itu sejak beberapa bulan lalu. 

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superitendan Zaidong Mustaffa berkata, kedua-dua kes itu mendapatkan sumber bekalan bahan mentah secara percuma kerana menanam sendiri pokok ketum di sekeliling rumah. 

Lima nelayan ditahan miliki heroin

YAN - Polis menahan lima nelayan yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di daerah Yan dalam satu serbuan di jeti nelayan di Kampung Burma, Kuala Sala dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Ismail Abu berkata, serbuan hasil maklumat orang
awam oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pada pukul 12 tengah hari itu berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 342.2 gram bernilai RM9,000.

Beliau berkata ketika serbuan, kelima-lima lelaki berusia 18 hingga 54 tahun itu berada dalam sebuah bot nelayan, dipercayai sedang berehat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...