Khamis, 3 Julai 2014

Pekerja kontrak Filipina maut diserang di Miri

MIRI - Seorang warga Filipina maut manakala rakannya cedera parah akibat diserang sekumpulan lelaki di sebuah banglo yang sedang diubah suai di Jalan Lim Chee Hian, Brighton di sini malam tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Sail Mohd berusia 20-an dipercayai mati akibat terkena tikaman senjata tajam di perut dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu.
Mangsa meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di Hospital Miri.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, sementara mangsa yang cedera hanya dikenali sebagai Ben, 26, dan kini dirawat di hospital berkenaan dengan kecederaan di perut sementara betisnya terkoyak dan satu jarinya hampir putus manakala seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Saptari, 23, cedera ringan di tangan dan dada.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan daripada Saptari, mereka yang bekerja sebagai tukang membancuh simen tinggal dalam salah sebuah bilik di banglo berkenan. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...