Memaparkan catatan dengan label PRU 13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU 13. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

Polis siasat penganjur, pemimpin PR di perhimpunan stadium Kelana Jaya


SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan memanggil penganjur perhimpunan membantah keputusanpilihan raya umum ke-13 di Stadium Kelana Jaya, dekat sini malam tadi bagi membantu siasatan.
Beliau berkata selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu. 
Katanya 28 daripada 33 pemimpin pakatan yang berucap pada perhimpunan itu didapati memberi ucapan berbau hasutan, yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Khamis, 9 Mei 2013

Polis Johor buat laporan difitnah

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor menjadi mangsa fitnah apabila dituduh menggunakan trak miliknya untuk membawa pengundi hantu warga asing ke pusat pengundian, Ahad lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff turut mengesahkan, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan siasatan lanjut kini dilakukan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) terbabit yang mengeluarkan berita palsu itu. 

"Fitnah itu didakwa berlaku di Batu Pahat, ia tidak berasas sebaliknya hanya mencemarkan kredibiliti PDRM.

Rabu, 8 Mei 2013

PEMILIK AKAUN LAMAN SOSIAL DAKWA LORI POLIS BAWA PENGUNDI HANTU DISIASAT


Johor Baharu, 8 Mei - Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat pemilik akaun laman sosial yang mendakwa lori polis digunakan untuk membawa pengundi hantu ke Batu Pahat.

Katanya siasatan rapi perlu dilakukan bagi memastikan individu yang melemparkan dakwaan itu diambil tindakan sewajarnya kerana dakwaan itu merupakan fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menyifatkan polis turut mempunyai hak untuk mempertahan imej, Mohd Mokhtar berkata satu laporan polis telah dibuat di Batu Pahat agar dakwaan itu disiasat berlandaskan undang-undang bagi membersihkan PDRM daripada fitnah seumpama itu.

Selasa, 19 Mac 2013

POLIS JAMIN PROSES PILIHAN RAYA DI LAHAD DATU LANCAR


Semporna, 18 Mac - Polis memberi jaminan proses pilihan raya di kawasan yang terjejas dengan insiden pencerobohan pengganas di Sabah akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika memberi jaminan itu, berkata anggota pasukan keselamatan telah bersiap sedia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kami memang bersedia walau dalam keadaan apa yang berlaku sekarang ini. Sebenarnya keadaan sudah terkawal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selasa, 19 Februari 2013

PDRM bertindak jika ada campur tangan asing PRU-13


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.

"Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pasir Putih, Ahad.

Isnin, 4 Februari 2013

Bekas pemimpin PDRM yang memalukan pasukan dan tidak sedar diri???

Tidak diberi layanan selepas bersara oleh kerajaan dan juga PDRM
Sunguh memalukan PDRM???

'Peralihan kuasa akan berlaku secara aman' - kenyataan yang dibuat oleh Fauzi.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yakin ketenteraman awam akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang kini merupakan ahli PAS memberi alasan peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum tahun 2008 juga berlaku secara aman.

Sabtu, 22 September 2012

Peralatan Logistik Pdrm Untuk PRU13 Lengkap


GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersiap sedia dalam semua bidang termasuk kemudahan logistik bagi menghadapi dan melancarkan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah membuat persiapan logistik dalam pelbagai sudut termasuk barangan keperluan dan kenderaan peronda sejak tahun lepas bagi menghadapi PRU13.

Khamis, 20 September 2012

Adakah Persepsi Orang Ramai Mengenai Kadar Jenayah Malaysia Ada Kewajarannya?


BANGKOK, 19 Sept (Bernama) -- Pilihan raya umum (PRU) akan datang dan persepsi orang ramai terhadap kadar jenayah di Malaysia merupakan dua topik yang lazim dibincangkan sejak sebulan lepas pada majlis-majlis rumah terbuka Hari Raya di tanah air.

Ramai cuba meramalkan bila PRU akan diadakan. Oktober, November atau Disember? Mungkin, pada Januari tahun depan, apabila penggal pentadbiran kerajaan sedia ada tamat pada Mac.

Apabila menyentuh mengenai kadar jenayah di Malaysia, secara umum persepsinya ialah ia berada pada tahap 'membimbangkan' -- walaupun statistik polis dan laporan keamanan antarabangsa, menunjukkan sebaliknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...