Johor Baharu, 8 Mei - Ketua Polis Johor Datuk
Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat
pemilik akaun laman sosial yang mendakwa lori polis digunakan untuk membawa
pengundi hantu ke Batu Pahat.
Katanya siasatan rapi perlu dilakukan bagi memastikan individu yang melemparkan dakwaan itu diambil tindakan sewajarnya kerana dakwaan itu merupakan fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menyifatkan polis
turut mempunyai hak untuk mempertahan imej, Mohd Mokhtar berkata satu laporan
polis telah dibuat di Batu Pahat agar dakwaan itu disiasat berlandaskan
undang-undang bagi membersihkan PDRM daripada fitnah seumpama itu.