Sabtu, 22 September 2012

Peralatan Logistik Pdrm Untuk PRU13 Lengkap


GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersiap sedia dalam semua bidang termasuk kemudahan logistik bagi menghadapi dan melancarkan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah membuat persiapan logistik dalam pelbagai sudut termasuk barangan keperluan dan kenderaan peronda sejak tahun lepas bagi menghadapi PRU13.

"Kelengkapan telah kita sediakan sejak tahun lepas dan saya percaya jika kerajaan umum mahu bubar Parlimen dalam tempoh terdekat, PDRM tiada masalah kerana kita memang telah bersiap sedia.

"Antara kelengkapan yang telah disiapakan ialah kamera, perakam video, alat sistem komunikAsi digital dan kenderaan peronda polis bagi melicinkAn lagi tugasan sepanjang PRU13 nanti," katanya selepas merasmikan High Profile Policing di kawasan perumahan Taman Free School di sini Jumaat.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi itu, Zulkilfi menyerahkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kurang berkemampuan di kawasan berkenaan. BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...