GEORGE
TOWN: Bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut tuala
ditemui di tepi tangga Masjid Sungai Gelugor, di sini Isnin.
Bayi
itu ditemui oleh orang ramai yang baru selesai menunaikan solat Maghrib
di masjid berkenaan kira-kira 8 malam.
Seorang
saksi, Mohammad Hafiz Mohammad Zaidi, 26, berkata jemaah lelaki dimaklumkan
mengenai bayi itu oleh seorang jemaah wanita yang terdengar bunyi tangisan
bayi.
