Gambar hiasan |
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki Bangladesh maut
ditikam di hadapan sebuah kilang perabot di Nibong Tebal di sini, Ahad malam.
Shamim Shah,
35, yang cedera parah di dada dan perut dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB)
dan meninggal dunia ketika dirawat kira-kira pukul 1 pagi ini.
Jurucakap
polis berkata dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, Shamim dilapor
diserang dua lelaki ketika ingin masuk ke kilang selepas membeli barang di
kedai berdekatan.
"Mangsa
dihampiri dua lelaki dan ditikam ketika dia berada di luar pagar kilang dan
memanggil rakannya untuk membuka pintu pagar yang berkunci.
"Rakan
mangsa yang berada di kawasan belakang kilang untuk mengambil kunci pagar
terdengar jeritan mangsa dan melihat mangsa memanjat pagar kilang dengan badan
berlumuran darah," katanya di sini, Isnin.
Jurucakap
polis berkata lelaki itu sempat memberitahu rakannya yang dia ditikam oleh dua
lelaki bersenjatakan pisau.
Ketua Polis
Daerah Seberang Perai Selatan Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata usaha mengesan
suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan meminta kerjasama
orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran
bagi membantu siasatan.
"Polis
juga sedang menyiasat motif kejadian. Kami menolak kemungkinan mangsa disamun
kerana barangan milik mangsa termasuk wang tunai dan telefon bimbit tidak
hilang," katanya.