PETALING JAYA: Mayat lelaki reput, dipercayai seorang pensyarah berusia
43 tahun, ditemui terapung di Sungai Rumput berhampiran Kota Damansara di sini.
Mayat ditemui di tebing sungai itu kira-kira pukul 2 petang Jumaat
selepas dibawa oleh arus.
Ahli bomba membawa naik mayat tersebut kira-kira pukul 3.30 petang
sebelum menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim
berkata pihak berkuasa telah dimaklumkan tentang penemuan itu oleh seorang
wanita yang melihat mayat terapung di sungai berhampiran Tropicana Indah Resort
Homes.
"Pegawai polis telah dihantar ke tempat kejadian berikutan laporan
itu," katanya.
Mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat bagi
mengenal pasti punca kematian.
Pihak berkuasa menemui lesen memandu yang milik George Lee Vui Hon pada
mayat.
Difahamkan, Lee, yang berasal dari Penampang, Sabah, sebelum ini menyewa bilik di sebuah rumah di Bandar Puchong Jaya.
Difahamkan, Lee, yang berasal dari Penampang, Sabah, sebelum ini menyewa bilik di sebuah rumah di Bandar Puchong Jaya.
Pemilik rumah yang enggan dikenali, berkata Lee menyewa bilik kira-kira
setahun lalu sebelum berpindah dua bulan lalu.
"Dia memberitahu saya bahawa dia adalah seorang pensyarah di
sebuah kolej swasta.
"Dia menyewa sebuah tempat berhampiran Jalan Klang Lama selepas
berpindah keluar pada bulan April," kata pemilik rumah itu lagi.
Pemilik rumah berkata tidak banyak yang diketahui mengenai Lee kerana
dia adalah perahsia.
Difahamkan, Lee mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan
Aeroangkasa dan belum berkahwin.
Menurut polis, Lee telah membuat laporan polis tiga hari lepas berkaitan kemalangan. Butir-butir kemalangan itu tidak didedahkan.
Menurut polis, Lee telah membuat laporan polis tiga hari lepas berkaitan kemalangan. Butir-butir kemalangan itu tidak didedahkan.
Sumber: KLIK DISINI