PETALING JAYA: Seorang guru tuisyen berusia 32
tahun membunuh diri selepas ditipu sebanyak RM75,000 oleh seorang lelaki yang
tidak pernah ditemuinya.
Liew Wai Yi
ditemui mati pada Ahad lalu di tempat letak kereta dipercayai jatuh dari sebuah
bangunan di Seri Kembangan.
Menurut adik
perempuannya, Wai Hong, keluarganya kemudiannya menemui pesanan teks di dalam
telefonnya yang menggambarkan bahawa Lie kemungkinan merupakan mangsa penipuan
seorang lelaki.
Wai Hong
berkata, kakaknya mengenali seorang lelaki bernama Aslam Roger Lloris Mustaafa
secara dalam talian sejak awal Februari lalu menerusi aplikasi WeChat danWhatsApp, tetapi keluarganya percaya
nama dan gambar profil lelaki itu adalah palsu.
'Aslam'
menerusi mesej tersebut mendakwa dia mengalami sakit jantung dan memerlukan
wang untuk menjalani pembedahan di Singapura, dan berdasarkan pemeriksaan
mendapati Wai Yi mula memasukkan wang kepadanya melalui ATM sejak 9 Februari
lalu.
Secara
keseluruhan, sebanyak 14 transaksi dibuat terhadap akauan bank Hong Leong Bank
yang sama, di mana yang terakhir pada 29 April, dengan jumlah antara RM400
sehingga RM11,000.
Keluarganya
percaya Wai Yi telah membuat pinjaman untuk memberikan wang kepada lelaki itu
kerana pendapatannya sebagai guru tuisyen tidak cukup untuk mendapat sejumlah
RM75,000 dalam hanya tiga bulan.
Pada sidang
media di Biro Aduan MCA pada Jumaat, Wai Hong mendedahkan beberapa mesej antara
mendiang dan 'Aslam' seperti "tiga bulan awak dapat 75k (RM75,000) untuk
saya, saya mahu belajar daripada awak", "ibu bapa saya akan bunuh
saya dan tidak akan maafkan saya sekiranya mereka tahu saya pinjamkan wang
kepada orang yang tidak pernah berjumpa" dan "saya akan mati tak lama
lagi. Sila lihat berita mengenai saya di TV atau akhbar".
Wai Hong
berkata, kakaknya berkelakuan aneh kira-kira seminggu sebelum kematiannya
tetapi tidak pernah menceritakan masalah kepada sesiapa.
Ketua biro,
Datuk Seri Michael Chong berkata, pasukannya kini menumpukan terhadap suspek
dari Subang Jaya, dan dia akan dijejaki polis tidak lama lagi.
Polis daerah
Serdang mengesahkan mereka sedang menyiasat kes berkenaan.