Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang
menunggang motosikal jenis Honda Ex5 gabra dan terus merempuh seorang anggota
polis sehingga cedera dalam satu sekatan jalan raya di Kuala Terengganu,
Terengganu.
Remaja terbabit walaubagaimanapun dapat ditangkap
setelah dia sendiri terjatuh dari motosikalnya akibat dari merempuh anggota
polis yang bertugas.
Hasil siasatan mendapati remaja terbabit hanya
tidak menampal pelekat 'L' pada motosikalnya dan akibat daripada sikapnya yang
bebahaya tersebut dia kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah
Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah untuk
menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.
Sumber: Sinar Harian