Ahad, 25 Jun 2017

IS Ugut Bunuh Pegawai Kanan Polis

KUALA LUMPUR: Kumpulan militan IS telah mengeluarkan ancaman terbaru terhadap Malaysia dan pasukan keselamatan di negara ini.

Sasaran utama mereka adalah Ketua Penolong Pengarah Anti Pengganas, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ayob Khan.

Difahamkan kumpulan militan itu telah meminta rakan sel mereka di Malaysia untuk melancarkan serangan terhadap Ayob yang dilihat sebagai ancaman utama aktiviti penganas di rantau ini.

Mesej yang tular di media sosial berbunyi:" Di Malaysia negara yang udah dibawah Khilafah ada satu nama polis AYOB KHAN ... dia kerja dengan pemerintah thogut ... dia juga orang yang tangkap askar khilafah di Malaysia ... semua ikhwan khilafah yang ada di Malaysia bangun sekarang dan habiskan AYOB KHAN orang yang mau lawan dengan KHALIFAH ABU BAKAR AL BAGHDADI."


Sumber perisikan mendedahkan ancaman daripada kumpulan militan di Indonesia itu amat berbahaya.

"Ia amat serius kerana militan IS di Indonesia begitu komited dan mempunyai rangkaian luas di rantau ini dan juga secara global.

"Hubungan mereka dengan militan di Malaysia amat rapat dan militan Indonesia mempunyai kepakaran dalam menghasilkan peranti elektronik," kata sumber kepada The Star pada Jumaat.

Ketika dihubungi Ayob berkata dia menyedari ancaman tersebut.

"Siasatan awal menunjukkan ancaman itu diedarkan menerusi media sosial sejak minggu lalu.

"Saya juga menerima banyak ancaman bunuh sejak beberapa tahun lalu tetapi ini kali pertama militan Indonesia mengeluarkan desakan kepada rakan militan di Indonesia, Malaysia dan negara lain untuk membunuh saya," katanya.

Beliau berkata masa ancaman kebetulan pada bulan Ramadan di saat militan percaya mereka akan menerima lebih banyak keberkatan jika menyerangnya pada waktu itu.

"Ia kepercayaan mereka sendiri. Peluang kerjasama antara militan Indonesia dan Malaysia untuk membunuh saya amat tinggi mengambil kira hubungan rapat mereka.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...