Isnin, 1 Oktober 2012

‘Tidak takut pihak berkuasa’


KUALA LUMPUR: Dengan bantuan Eddie, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki dua gadis Vietnam yang menawarkan pakej kekasih kontrak kepada lelaki tempatan di ibu kota sejak pertengahan tahun ini.

Hasil pertemuan dengan Pretty, 17, dan Chris, 23, mereka mengaku mampu memperoleh RM20,000 sebulan jika tidak putus pelanggan sepanjang berada di negara ini. 

Peranan Eddie yang fasih berbahasa Vietnam dalam pertemuan itu penting kerana kedua-dua gadis berkenaan tidak tahu berbahasa Melayu dan hanya mampu bercakap sepatah dua dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. 


Hasil lapuran diatas:

Pihak berkuasa percaya ada sindiket pelacuran kini mempelbagaikan helah untuk mengaut keuntungan segera dalam tempoh singkat dengan memperkenalkan pakej tertentu, termasuk menawarkan perkhidmatan sewa teman wanita dikenali sebagai ‘kekasih kontrak’ seperti didedahkan Metro Ahad.

Tindakan itu dipercayai untuk mengurangkan risiko ditahan jika menjalankan kegiatan itu berikutan kekerapan penguatkuasaan menyebabkan mereka beralih arah dan membuat pengiklanan melalui laman sesawang di Internet.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, polis menyedari helah golongan berkenaan, malah sentiasa memantau pergerakan mereka.


Katanya, hasil pemantauan, banyak sindiket pelacuran berjaya ditumpaskan polis di seluruh negara sebelum ini.

“Kita juga tahu sindiket kini berusaha membawa masuk wanita dari Vietnam berikutan permintaan menggalakkan di pasaran gelap tempatan, malah hasil risikan juga mendapati golongan ini kini mendominasi kehadiran wanita asing di negara ini,” katanya.


“Selain sindiket, polis mendapati ada wanita asing ini menjalankan sendiri kegiatan seperti itu dan mereka sanggup berbuat demikian berikutan kemewahan yang ada di negara ini, selain rangkaian pengangkutan yang baik.” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...