Rabu, 31 Oktober 2012

PKDK: Orang Dalam Terbabit Kes Menyamar Kerabat Diraja Kedah


ALOR SETAR, 30 Okt (Bernama) -- Persatuan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK) Selasa mengesahkan seorang anggotanya terbabit dalam kes sekumpulan orang yang menyamar kerabat diraja Kedah pada majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang, 23 Okt lepas.

Yang DiPertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata PKDK tidak terlibat dengan majlis tersebut anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia DiRaja (PAKIM DiRaja) bagi menyampaikan selendang pentauliahan ahli jawatankuasa yang dilantik.

Katanya PKDK perlu menunggu polis selesai menyiasat sebelum boleh membuat kenyataan dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

"Sebelum serbuan dibuat, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menghubungi saya untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi.

"Saya menyokong penuh tindakan polis mengambil tindakan tegas supaya kes-kes seperti ini dapat dibanteras," kata Tengku Zainol Rashid pada sidang akhbar di pejabatnya di sini. BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...