Gambar hiasan |
PADANG SERAI, 13 Sept (Bernama)
-- Sekumpulan penduduk dalam kariah Pekan Padang Serai di sini pada Khamis
membuat laporan polis berhubung khutbah yang dibacakan khatib jemputan di
Masjid Jamek An-Najjah di sini, Jumaat lepas, yang didakwa berbaur politik.
Mereka mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan khatib jemputan, berusia 29 tahun dari Kulim dekat sini, ada menyebut bahawa seorang mursyidul dan ulamak Ikhwanul Muslimin dari Mesir pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW pada 1998 yang menyebut akan wujud seorang pemerintah Malaysia bernama Anwar Ibrahim.
"Khatib itu dalam khutbahnya juga memuja dan memuji kewibawaan pemimpin
pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan jelas menyadurkan khutbah Jumaat
yang mulia itu dengan seorang pemimpin politik. Kami amat kesal atas tindakan
pentadbiran masjid yang membiarkan perkara tidak sewajarnya berlaku," kata
Mohd Taridi Darus, 52, ketua kumpulan kariah itu kepada pemberita selepas
membuat laporan di Balai Polis Padang Serai di sini.Mereka mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan khatib jemputan, berusia 29 tahun dari Kulim dekat sini, ada menyebut bahawa seorang mursyidul dan ulamak Ikhwanul Muslimin dari Mesir pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW pada 1998 yang menyebut akan wujud seorang pemerintah Malaysia bernama Anwar Ibrahim.
Mohd Taridi dari Taman Serai Setia di sini meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menyiasat tindakan pihak masjid menerima khatib jemputan setiap minggu.
Beliau berkata khutbah itu dirakam oleh jemaah yang hadir bersolat Jumaat pada hari berkenaan. BERNAMA