Jumaat, 14 September 2012

Pembinaan IPK Negeri, IPD Kuala Terengganu Bermula Tahun Depan


KUALA TERENGGANU, 13 Sept (Bernama) -- Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang baru dijangka bermula tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata ia kini berada di peringkat terakhir bagi menentukan reka bentuk yang dijangka sofistikated.

"Kita sekarang masih menunggu keputusan dari pihak pengurusan mengenai reka bentuk. Jika sudah ditentukan, pembinaan IPK dan IPD ini akan segera dibuat pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri IPK di sini Khamis.

Projek tersebut adalah usahasama dengan kerajaan negeri ini. Bangunan IPK yang dianggarkan berharga RM100 juta akan dibina di sebuah lokasi seluas 8.8 hektar di Bukit Besar sementara bangunan IPD berharga RM60 juta kekal di lokasi asal iaitu di Jalan Sultan Omar, di tengah-tengah bandaraya ini.

Ahmad berkata kawasan bangunan IPK dan IPD sedia ada sudah semakin sempit.  BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...