Kota Bahru, 8 April - Polis membongkar sebuah kubur yang digali tanpa mendapat kelulusan penjaga Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis, Jalan Hamzah di sini hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang pengadu yang menyatakan kubur itu digali kira-kira lima hari lepas.
"Ada maklumat mengatakan dua lelaki datang dengan motosikal membawa bungkusan dan gali sebuah kubur. Justeru, kita menjalankan siasatan hari ini selepas mendapat perintah mahkamah.