Selasa, 9 April 2013

POLIS BONGKAR KUBUR YANG DIGALI TANPA KELULUSAN, TEMUI 31 BUNGKUSAN BERISI PASIR


Kota Bahru, 8 April - Polis membongkar sebuah kubur yang digali tanpa mendapat kelulusan penjaga Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis, Jalan Hamzah di sini hari ini. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang pengadu yang menyatakan kubur itu digali kira-kira lima hari lepas. 

"Ada maklumat mengatakan dua lelaki datang dengan motosikal membawa bungkusan dan gali sebuah kubur. Justeru, kita menjalankan siasatan hari ini selepas mendapat perintah mahkamah.

"Setelah kubur itu dibongkar, kita mengeluarkan 31 bungkusan berisi pasir di dalam kubur yang digali sedalam 1.06 meter dengan panjang 2.13 meter dan lebar satu meter," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bungkusan berisi pasir itu akan dihantar kepada forensik untuk ditimbang dan dibuka satu persatu untuk siasatan lanjut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan amalan khurafat yang berlaku di kawasan perkuburan itu. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...