SUBANG JAYA: Sekurang-kurangnya enam
pengunjung sebuah
pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya dekat sini, cedera selepas premis itu dibaling bahan letupan dipercayai bom petrol, awal pagi
tadi.
Dalam kejadian
kira-kira jam 1.30 pagi itu, lebih 20 pengunjung dikatakan sedang leka menonton perlawanan bola
sepak pertandingan EURO 2016 antara pasukan Itali dan
Sepanyol di ruang tempat duduk di bahagian luar premis terbabit.
Seorang pekerja
di situ yang enggan dikenali mendakwa melihat dua lelaki yang tidak
dikenali membaling objek dipercayai bom petrol sebelum terdengar beberapa bunyi
letupan.