Rabu, 8 Mei 2013

Kereta dibaling bom molotov


MELAKA 5 Mei - Kereta milik isteri seorang pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) rosak selepas dilempar dengan bom botol 'molotov cocktail' di Duyong di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian antara 3 dan 3.30 pagi ini, isteri mangsa yang berumur 27 tahun tersedar daripada tidur selepas mendengar bunyi bising di luar rumah.

Mangsa yang kemudian keluar dari rumah ternampak bonet kereta jenis Perodua Myvi miliknya terbakar sebelum meminta bantuan dua lelaki yang kebetulan berada di kawasan itu untuk memadamkan api tersebut.

"Polis masih menyiasat punca kejadian ini dan suami mangsa tiada di rumah ketika kejadian," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian berasingan, polis menahan seorang lelaki yang mendakwa sebagai pemantau pilihan raya bebas di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ayer Keroh di sini pagi ini.

Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan polis kira-kira pukul 9.30 pagi selepas berkeliaran di sekitar pusat mengundi tersebut sambil memakai jaket tertera 'Pemantau PRU'.

Menurut Ghee Lye, suspek ditahan selepas polis yang berkawal di situ curiga melihat tingkah lakunya yang berada di kawasan 50 meter dari pusat mengundi.

"Polis yang sangsi dengan keadaan lelaki itu, kemudian memintanya mengemukakan dokumen kebenaran yang dikeluarkan SPR, namun lelaki tersebut gagal berbuat demikian.

"Ekoran itu, dia ditangkap serta- merta bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kes lain, dua lelaki yang memakai baju kemeja-T berlogo sebuah parti politik dipukul sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan, ketika melalui Lorong Pandan di sini, dalam dua kejadian malam semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama pada 11.30 malam, seorang penunggang motosikal berusia 32 tahun dipukul di bahagian kepala dengan kayu ketika melalui jalan itu, namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana memakai topi keledar.

Katanya, 15 minit kemudian, seorang pemuda berusia 21 tahun disepak di bahagian badan ketika melalui jalan sama.

Mangsa kedua juga tidak mengalami kecederaan,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...