Blogger King Jason kini ditahan reman selama
dua hari bermula 8 hingga 9 Mei manakala Papagomo ditahan reman selama 3 hari
bermula 8 hingga 10 Mei 2013. Kedua-dua mereka ditahan reman bagi siasatan
lanjut siasatan atas kesalahan memfitnah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
kenyataan berunsur perkauman.
Kes disiasat di bawah Seksyen
233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 / Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang
boleh dihukum penjara tidak melebihi 1 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya
dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 / Seksyen 4(1)
Akta Hasutan yang mana membawa hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun, denda
RM50,000 atau kedua-duanya sekali.