Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Rabu, 8 Mei 2013

PERKEMBANGAN SIASATAN KES TERHADAP 2 BLOGGER:



Blogger King Jason kini ditahan reman selama dua hari bermula 8 hingga 9 Mei manakala Papagomo ditahan reman selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Mei 2013. Kedua-dua mereka ditahan reman bagi siasatan lanjut siasatan atas kesalahan memfitnah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kenyataan berunsur perkauman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 / Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 1 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 / Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang mana membawa hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Jumaat, 3 Mei 2013

LELAKI DIPERCAYAI PEMILIK BLOG 'MILO SUAM' DITAHAN


Kuala Lumpur, 2 Mei - Polis menahan seorang aktivis media sosial awal hari ini di perkarangan sebuah pasar raya di Meru, Klang berhubung dua laporan polis yang dikaitkan dengan sebuah blog yang dipercayai miliknya. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata hasil siasatan awal menunjukkan suspek berumur 29 tahun itu dipercayai pemilik blog 'Milo Suam'. 

Beliau berkata seorang pegawai polis membuat laporan berhubung blog itu yang memaparkan satu perutusan polis berhubung kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah iaitu 'Ops Daulat' yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia bertarikh 6 Mac. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...