Jumaat, 10 April 2015

Suspek baling molotov cocktail ditahan


KUALA LUMPUR, 9 April: Polis kontinjen Kedah berjaya menahan suspek baling ‘molotov cocktail’ di bahagian hadapan sebuah bank di sini, pada jam 11 malam, semalam.

Menurut jurucakap polis, suspek ditahan di rumahnya di Taman Bersatu, Batas Paip, Kuala Kedah.

“Pihak kami menahan suspek di kediamannya pada malam semalam, suspek berumur lingkungan 30-an kini direman bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya kepada TheRakyat Post.


Semalam, bahagian depan sebuah bank di Simpang Kuala, di sini mengalami kerosakan akibat dilontar ‘molotov cocktail’ oleh seorang penunggang motosikal pada jam 4.05 petang.

Kira-kira jam 3 petang, suspek telah masuk ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM10,000, namun berang apabila diberitahu akaunnya telah ditutup.

Suspek bertindak memarahi kakitangan bank dan seterusnya meninggalkan bank.

Sejam kemudian suspek datang semula ke bank berkenaan dan membaling ‘molotov cocktail’ ke arah bank.


Tindakannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...