Isnin, 27 Ogos 2012

Rumah dilempar bom petrol


Rumah dilempar bom petrol
KULIM - Enam sekeluarga yang tinggal berhampiran kawasan perumahan Taman Tiong fasa satu di sini, terkejut apabila rumah mereka diserang beberapa lelaki tidak dikenali kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Seorang mangsa berusia 20-an berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.

Menurutnya, dia terdengar bunyi cermin dan botol kaca pecah sebelum menjenguk keluar melalui tingkap dan ternampak dua lelaki berada di luar rumahnya.

Apabila mangsa keluar, kedua-dua lelaki tidak dikenali itu melarikan diri. Menurut mangsa ini merupakan kejadian kedua berlaku sepanjang tinggal di situ.

“Menyedari kedua-dua suspek melarikan diri, saya cuba mengekori mereka dan nampak sekumpulan lelaki berada di tepi jalan. “Sebelum ini, rumah saya pernah disimbah dengan darah dan saya mengambil tindakan melaporkan perbuatan itu kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa berkata, selain cermin keretanya dipecahkan, suspek turut melempar bom petrol ke rumahnya, bagaimanapun ia tidak terbakar kerana botol mengandungi petrol itu pecah.

“Saya turut menemui beberapa besi yang digunakan untuk memecah cermin kereta saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes seumpama ini sering berlaku dan mereka yang terlibat selalunya mengenali suspek.

Katanya, perbuatan khianat itu merupakan satu kesalahan serius kerana ia boleh mengakibatkan kerugianharta benda.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...