DUNGUN – Misteri kehilangan seorang lelaki berbangsa Cina yang masuk ke hutan untuk aktiviti riadah sejak seminggu lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan separuh reput, di tengah hutan, dekat sini, pagi semalam.
Mangsa dikenali sebagai Nian Hoi Chung, dipercayai masuk ke hutan Hulu Kelemin sejak 17 Ogos lalu sebelum dia dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur.
Kehilangan Nian, seorang eksekutif periklanan sambilan di syarikat swasta di Kuala Lumpur disedari rakannya, Lim Siang Hui, 32, selepas mangsa gagal dihubungi. Menurut Siang Hui yang ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun, kali terakhir dia menghubungi mangsa pada 17 Ogos lalu sebelum mangsa gagal dikesan tiga hari kemudian.
Siang Hui berkata, mangsa sepatutnya pulang semula ke Kuala Lumpur seminggu selepas itu, namun dia terus menghilangkan diri selepas memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia akan masuk hutan untuk aktiviti perkhemahan.
Menurut Siang Hui, rakannya itu seorang penggemar aktiviti perkhemahan dan sering keluar masuk hutan pada waktu cuti untuk aktiviti riadah.
Katanya, mangsa pernah beberapa kali datang ke sini dan Air Terjun Chemerong merupakan lokasi perkhemahan yang paling digemarinya.
“Saya rasa sedih apabila gagal menghubunginya, pada masa itu saya berasa macam ada sesuatu perkara buruk berlaku padanya.
“Tapi saya masih menaruh harapan agar dia berjaya ditemui dan masih hidup,” katanya.
Pada kira-kira jam 9 pagi semalam, Pasukan penyelamat bersama 31 anggota daripada pelbagai agensi termasuk penduduk kampung diketuai Sarjan Mejar Othman Yaakob akhirnya menemui satu mayat tanpa pakaian, dalam keadaan separuh reput, kira-kira 45 minit berjalan kaki dari kaki bukit.
Sebahagian daripada anggota badan mangsa termasuk paha, mata, muka dan perut sudah hilang, dipercayai dibaham haiwan buas. Sebuah kereta pacuan empat roda jenis Kia Sportage milik mangsa juga ditemui di kaki bukit, tidak jauh dari kawasan hutan, tempat mayat mangsa ditemui.
Mangsa yang beralamat di Jalan Ansoka, Off NagasariKuala Lumpur itu kemudiannyadibawa ke Unit Forensikr mengesahkan kes terbabit masih dalam siasatan pihaknya.