Jumaat, 24 Ogos 2012

Dendam punca rumah dibaling Molotov cocktail'


Dendam punca rumah dibaling bom
BUKIT KATIL - Pertelingkahan di tempat kerja dipercayai menjadi punca sebuah rumah di Taman Tun Rahah, dekat sini, dilontar bahan letupan, kelmarin.
Bahan letupan jenis Molotov Cocktail itu dipercayai dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan isteri pemilik rumah, S Satihiya, 28, di tempat kerja sehingga membawa dendam ke rumah.
Satihiya berkata, sebelum kejadian beberapa hari lalu, motosikal milik isterinya juga dirosakkan individu tidak dikenali sehingga lampu dan cermin sisi dipecahkan orang.
“Setahu saya, saya tidak ada musuh. Cuma saya mengesyaki ini ada kaitan dengan perselisihan faham isteri dengan rakannya di tempat kerja. Ia berlaku sejak kira-kira empat bulan lalu," katanya.
Menurutnya, dia terpaksa menghantar isterinya setiap hari ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Ayer Keroh.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi kelmarin, rumah didiami pasangan suami isteri itu dibaling bom api sehingga bahagian hadapan rumah termasuk lantai dan pintu pagar mengalami kesan terbakar.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian.
"Polis masih menjalankan siasatan berhubung motif berhubung motif kejadian dan mereka yang bertanggungjawab," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...