Jumaat, 24 Ogos 2012

Penyamun bakar kedai


Penyamun bakar kedai
SEMANGGOL - Seorang peniaga telefon bimbit kerugian hampir RM50,000 apabila premis perniagaannya di Simpang Empat Semanggol, di sini disamun setelah sebahagiannya dibakar seorang penyamun dalam kejadian petang Isnin lalu.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Lee berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, dia dan seorang pekerja wanita dikejutkan dengan kejadian kebakaran kecil yang berlaku di belakang premisnya secara tiba-tiba.
Menurutnya, dia dan pekerjanya memadamkan kebakaran itu tanpa menyedari terdapat seorang penyamun berusia lingkungan 30-an dengan keadaan muka bertutup memasuki premisnya.
“Penyamun terbabit cuba menggeledah mesin menyimpan wang sebelum terserempak dengan kami yang ketika itu baru sahaja memadamkan kebakaran itu.
“Penyamun itu terus mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah kami selain bertindak merampas sejumlah kad tambah nilai pra bayar dan beg berisi wang tunai di atas meja,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, semalam.
Lee berkata, penyamun itu kemudiannya bergegas lari menuju ke arah rakannya yang sedang menunggu di luar kedai lalu melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal.
“Kemudian, saya segera memeriksa semula barang-barang dan wang tunai yang dilarikan mereka dan mendapati jumlah kerugian hampir RM50,000.
“Saya rasa kecewa kejadian sebegini berlaku pada hari perayaan dansatu  laporan polis telah dibuat di Balai Polis Semanggol pada hari kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi menge- sahkan kejadian terbabit dan menegaskan siasatan untuk menjejaki kedua-dua suspek sedang giat dijalankan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...