KOTA BHARU - Percutian dua warga Switzerland bertukar tragedi apabila mereka dirogol dua lelaki tempatan yang berpura-pura membantu mendapatkan perkhidmatan di sebuah agensi pelancongan, di sini, Rabu lalu. Mangsa, Mirjam Tuena, 25 dan Mechele@ Weber 25, dipercayai tiba dari Pulau Perhentian, Terengganu kira-kira jam 2.20 petang, sebelum menyelesaikan urusan visa untuk ke Bangkok di kedutaan Thailand di sini.
Selepas selesai urusan terbabit, Mirjam dan Mechele berjalan pulang ke hotel penginapan mereka di Jalan Pintu Pong, di sini sebelum ditegur oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit kemudiannya bersetuju membantu dua wanita itu untuk dibawa ke agensi pelancongan bagi menguruskan perjalanan mereka ke Bangkok, Thailand.
“Lelaki tersebut mengarahkan dua wanita itu menunggu di hadapan kuarters Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menunggu rakannya untuk mendapatkan kereta. “Selepas hampir dua jam menunggu, sebuah kereta hitam tiba dan dua lelaki yang salah seorangnya yang dikenali sebagai Harry memaksa dua wanita itu masuk ke dalam kereta dan mereka dibawa ke sebuah banglo yang mengambil masa perjalanan hampir setengah jam,” katanya.
Azham berkata, setibanya di rumah terbabit, Mechele diarahkan naik ke bilik tingkat atas serta menanggalkan pakaian dan dipaksa melalukan seks di luar tabii.
Berita selanjutnya baca DISINI