Isnin, 14 Mei 2012

JSJN Bukit Aman tumpaskan sindiket pil khayal dalam 3 serbuan serentak


Image Detail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pil khayal Eramin 5 dalam 15 serbuan serentak di Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kelmarin. 

Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata polis berjaya merampas 88,000 pil Eramin 5 dan 282.62 kilogram serbuk yang boleh menghasilkan 2.3 juta pil itu yang keseluruhannya bernilai lebih RM43 juta.
Turut dirampas pelbagai peralatan memproses dadah buatan tempatan dan Taiwan, selain 12 kereta mewah.
Rashid berkata, polis turut menahan 25 anggota sindiket termasuk tiga warga Taiwan. 

Polis turut mengesahkan sindiket didalangi warga tempatan, dengan pasaran utama di kalangan negara serantau sekali gus menjadikan ia rampasan terbesar berkaitan Eramin 5 tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...