SEPANG,
30 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar malam Rabu berlepas ke Kiev,
Ukraine, dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Ahmad
Zahid berkata beliau bersama KPN akan mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai
unit untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa bagi melakukan siasatan
lanjut.
"Setakat
ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan
Australia. Saya dijadualkan akan menemui Presiden Ukraine Petro Poroshenko
untuk mengemukakan surat rasmi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
"Surat
berkenaan sebagai tanda terima kasih Malaysia atas kerjasama yang diberikan
oleh kerajaan Ukraine kepada anggota pasukan siasatan khas MH17 yang berada di
negara berkenaan baru-baru ini," katanya pada sidang media di sini.
Pasukan
Siasatan Khas MH17 Malaysia itu terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan
pegawai perubatan, katanya.
Ditanya berapa lama pasukan PDRM itu akan berada di Ukraine, Ahmad Zahid berkata tiada tempoh masa ditetapkan kerana proses penyiasatan itu sangat sukar dijalankan berikutan keadaan tidak aman di sana.
Ditanya berapa lama pasukan PDRM itu akan berada di Ukraine, Ahmad Zahid berkata tiada tempoh masa ditetapkan kerana proses penyiasatan itu sangat sukar dijalankan berikutan keadaan tidak aman di sana.
Beliau
berkata pasukan PDRM akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dan
memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum menuju ke lokasi MH17 yang
terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine.
Sementara
itu, Khalid berkata pihaknya akan mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan
bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan
cebisan tulang mangsa.
Menurutnya,
semua anggota pasukan diminta menggunakan peralatan keselamatan termasuk baju
kalis peluru, topi balistik dan topeng keselamatan ketika berada di lokasi
nahas.
Khalid
berkata berdasarkan laporan media yang terkini melaporkan bahawa tentera
Ukraine sedang bertempur dengan pemberontak bagi menguasai lokasi kejadian
nahas MH17.
Justeru,
katanya Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak berkuasa bagi
membincangkan soal keselamatan anggota polis sebelum mereka memasuki lokasi.
Penerbangan
MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas dipercayai ditembak
jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai
lepas.