IPOH:
Polis menahan seorang pemandu lori selepas disyaki terlibat dalam kes
pembunuhan di Jalan Kampung Batu 4, Slim River dekat Tanjung Malim berikutan
penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang tanpa kepala awal pagi Jumaat.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Goh Kok Liang berkata suspek berumur 35
tahun itu ditahan di rumah bapanya di Kampung Air Jada, Gerik, pada 2 petang
tadi.
"Polis
menemui sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter, satu beg silang mengandungi
sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter.
"Satu
guni plastik makanan anjing berwarna merah dan kuning serta di dalamnya
terdapat satu plastik sampah warna hitam," katanya ketika dihubungi
Bernama di sini.
Beliau
berkata pihaknya turut menemui kepala manusia yang disyaki kepala mangsa di
dalam beg sampah berkenaan.
Goh berkata pada 2.10 pagi tadi, mayat seorang lelaki ditemui di dalam longkang tanpa kepala di tempat kejadian.
"Bertindak
atas maklumat unit anjing pengesan K9 dan forensik telah dihubungi untuk ke
lokasi memberi bantuan.
"Siasatan
awal di tempat kejadian di Jalan Persekutuan (Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Batu 4,
Slim River. Terdapat kesan darah di atas jalan raya sebelah kiri arah selatan
(arah Slim River)," katanya.
Mangsa
dikenali sebagai K. Ganesan, 50, yang beralamat terakhir di 136, Taman Slim
Indah, Slim River.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintenden Ahmad Mat Isa berkata sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menahan sebuah lori kontena yang dipercayai digunakan suspek di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng beberapa jam sebelum dia ditahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintenden Ahmad Mat Isa berkata sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menahan sebuah lori kontena yang dipercayai digunakan suspek di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng beberapa jam sebelum dia ditahan.
Bagaimanapun,
suspek yang dipercayai membawa kepala mangsa bersamanya, gagal dikesan dan
pasukan forensik dibawa ke lokasi penemuan lori berkenaan bagi siasatan lanjut.
Difahamkan
kedua-duanya bergaduh sebelum mangsa dipancung dan kepalanya dibawa suspek
masuk ke dalam lori terbabit yang kemudian dipandu ke depoh di Simpang Pulai.