Isnin, 16 November 2015

Serbuk Putih Di Kementerian Kesihatan


PUTRAJAYA: Polis pada Sabtu mengesahkan serbuk putih yang disyaki berbahaya yang dihantar menggunakan kiriman pos laju ke pejabat Menteri Kesihatan semalam merupakan serbuk Vitamin C.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan Makmal Penyelidikan Bomba di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
"Saya mengesahkan analisa yang dibuat ke atas serbuk putih yang membuatkan warga Kementerian Kesihatan gempar semalam ialah ascorbic acid atau vitamin larut air iaitu Vitamin C dan ia tidak berbahaya," katanya ketika dihubungi.

Rosly berkata siasatan awal mendapati pengirim menggunakan alamat palsu, manakala motif kiriman masih disiasat.
Semalam kakitangan pejabat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam terpaksa mengosongkan Tingkat 13 yang menempatkan pejabat mereka selepas dua kakitangannya mendakwa mengalami kegatalan setelah membuka sampul bersaiz A4 yang dihantar menggunakan khidmat Pos Laju pada kira-kira 3.15 petang.

Ekoran kejadian itu, kakitangan kementerian bertindak menghubungi pihak bomba dan polis bagi memaklumkan penemuan serbuk tersebut, dan kakitangan pejabat menteri berhimpun di perkarangan kawasan Blok E7 itu untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...