Selasa, 10 November 2015

Pengurus Restoran Mangsa Culik Di Sandakan Dibebaskan

PETALING JAYA: Salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dibebaskan ketika usaha untuk membebaskan tebusan kedua sedang giat dilakukan.

Pengurus restoran makanan laut di Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50, kembali ke pangkuan keluarganya pada awal pagi Isnin selepas enam bulan berada dalam tahanan kumpulan tersebut.

Dia dilaporkan berada dalam keadan baik tetapi masih keliru berikutan pengalaman pahit yang dilaluinya.
Sementara itu perunding dari Malaysia dan Filipina yang mewakili keluarga seorang lagi tebusan berusaha untuk menyelesaikan perbincangan dengan kumpulan tersebut bagi membebaskan Bernard Then, 39, dari Sarawak.
Thien dan Then diculik dari Restoran Ocean Seafood di Sandakan pada 15 Mei lalu.
Menurut sumber perisikan Filipina, wanita itu yang dilaporkan berada dalam tahanan Komander Abu Sayyaf, Indang Susukan, dibebaskan oleh seorang lagi komander Al Habsy dari kawasan Indanan di Jolo kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Wanita itu dilaporkan dibawa pulang ke rumahnya selepas perjalanan selama lapan jam ke Sandakan menggunakan bot laju awal pagi Isnin.
Pautan: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...