Isnin, 9 November 2015

Lima Das Tembakan Dilepaskan Lelaki Bertopeng

KAJANG: Seorang pekerja syarikat lori kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang akibat lima das tembakan yang dilepaskan lelaki bertopeng di sini, Jumaat.

Kejadian pada pukul 4.14 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 28 tahun sedang membeli alat tulis bersama anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun di sebuah kedah di Taman Tasik Keruma, Semenyih.
Polis masih menyiasat motif kejadian kerana cubaan membunuh. Mangsa ditembak di bahagian dada.

Menurut polis, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang memakai topi keledar memasuki premis berkenaan sebelum mengacukan pistol ke arah mangsa.
Saksi yang berada di dalam kedai berkenaan memberitahu wartawan, mereka terdengar lima tembakan dilepaskan ke arah mangsa.
Kekecohan yang berlaku menyebabkan pemilik kedai dan pekerja  bersembunyi di bawah meja bagi menyelamatkan diri.
Suspek yang dilihat membonceng motosikal meluru keluar meninggalkan tempat kejadian.
Bagaimanapun anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemilik kedai mendakwa komputer dan mesin fotostet turut rosak akibat terkena peluru.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan kejadian dan polis telah memperoleh rakaman CCTV, selain akan menyoal siasat mereka yang terlibat di tempat kejadian.
"Kami belum bercakap dengan mangsa lagi kerana dia masih di ICU. Kami tidak pasti kenapa suspek bertindak demikian, motif kejadian belum diketahui," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...