Khamis, 7 Jun 2012

Pengawal parah ditembak lima das


Image Detail
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU 6 Jun - Seorang pengawal keselamatan cedera parah selepas ditembak sebanyak lima das di perutnya oleh dua penjenayah dalam satu rompakan ketika mengiringi majikannya yang juga pengurup wang di Jalan Datuk Suleiman, di sini malam tadi.

Mangsa berusia 40-an itu terkena lima das tembakan yang dilepaskan dua penjenayah yang bersenjatakan pistol dari jarak 10 meter dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim berkata, dalam kejadian itu, tiga suspek yang berusia 30-an dan memakai topeng itu berjaya membawa lari sebuah beg galas yang berisi mata wang Singapura yang bernilai lebih RM100,000.

“Semasa kejadian, pengurup wang itu menuju ke kereta sejurus selepas menutup premisnya sebelum muncul dua suspek dan merampas beg dibawanya. Seorang lagi suspek menunggu di dalam kereta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...