Sabtu, 31 Januari 2015

Dua pusat beli-belah di Sibu jadi sasaran tembakan


SIBU: Dua pusat membeli-belah di sini menjadi sasaran tembakan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi berkata, tiga das tembakan dilepaskan ke arah Wisma Sanyan di Jalan Sanyan sementara sedas tembakan lagi disasarkan kepada pasar raya Premier di Jalan Kampung Nyabor.

Beliau berkata, pihaknya percaya kejadian berlaku malam tadi tetapi dilaporkan secara berasingan pada pukul 1.15 tengah hari dan 4.15 petang tadi.

Motif kejadian belum diketahui, namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak yang sama, katanya.

Kamal berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Sentral Sibu. - BERNAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...