Selasa, 9 September 2014

Kediaman menjadi sasaran tembakan rambang


Kepala Batas: Seorang lelaki bingung selepas kediamannya menjadi sasaran tembakan rambang oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Lorong Seri Bertam 3, Taman Sri Bertam 3 pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa berusia 35 tahun tidak ada di rumah namun isterinya berusia 33 tahun dan empat anak sedang nyenyak tidur di dalam kediaman itu ketika tembakan terbabit dilepaskan. 

Mangsa yang pulang ke rumah pada jam 7 pagi kemudian melihat kesan tembakan pada pagar dan dinding rumah serta menemui kelongsong peluru di hadapan kediamannya itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

"Anggota forensik melakukan pemeriksaan menemui lapan kelongsong peluru jenis Thai Arms kesan tembakan pada dinding dan tiga serpihan peluru," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...