
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan lapan individu kerana mencetuskan pergaduhan, mendatangkan kecederaan dan melakukan perbuatan khianat di sini sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 3 Aprillepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata empat daripada lapan lelaki yang berusia 20 hingga 40-an itu telah didakwa pada 10 April dan 14April lepas.
Polis juga membuka enam kertas siasatan berhubung kes berkenaan bagi siasatan lanjut, katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.