KUANTAN: Sebanyak 13 individu ditahan di negeri ini atas
kesalahan menawarkan rasuah kepada pihak berkuasa untuk mengelak daripada
dikenakan tindakan undang-undang atas pelbagai kesalahan dalam tempoh Januari
hingga Jun lepas.
Pemangku Pengarah Penolong Kanan Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Zainul Darus berkata
daripada jumlah itu enam individu merupakan penjawat awam manakala tujuh lagi
merupakan orang awam.
"Kesemua individu itu menghadapi 16 pertuduhan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan memberi atau menawarkan rasuah.
"Tujuh orang mengaku bersalah manakala enam lagi tidak mengaku salah dan minta dibicarakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini, Rabu.
Sementara
itu Zainul berkata, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama orang awam bagi
membantu menyalurkan maklumat untuk membanteras gejala rasuah daripada
berleluasa.
"Saya
percaya dengan kerjasama dan bantuan masyarakat dalam menyalurkan maklumat
kepada SPRM dapat mengekang amalan pemberian rasuah ini," katanya.