Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun
selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi
Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.
Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu
mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam
keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.
"Wanita itu mendakwa tersalah
tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk.
"Selepas beberapa jam tertidur,
dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel diatasnya," katanya
kepada pemberita di sini pada Rabu.
Khairi memberitahu, terkejut dengan
tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat
laporan polis.
"Siasatan awal polis mendapati,
sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi
telefon bimbit.
"Suspek telah ditahan selepas
laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan.