Khamis, 21 Ogos 2014

Lelaki Ditembak Ketika Sedang Makan Malam


IPOH: Seorang lelaki berusia 49 tahun ditembak ketika makan malam kuil di Dewan Kutien di Ayer Tawar, 70 kilometer dari Bandaraya Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, insiden berlaku pada Selasa, 7.40 malam apabila seorang penyerang yang tidak dikenali masuk ke dewan dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan di lengan sebelah kanan.

"Dia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan ," jelasnya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan sehingga kini masih belum menemui motif tembakan itu dilakukan.


Katanya, kes ini klasifikasikan sebagai cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...