Memaparkan catatan dengan label Ops Sikap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ops Sikap. Papar semua catatan

Ahad, 19 Ogos 2012

‘Op Selamat’ Tunjuk Hasil Positif Setakat Ini


KUALA LUMPUR, 18 Ogos – ‘Op Selamat’ yang menumpu kepada keselamatan jalan raya dan harta benda yang ditinggal pemilik rumah sempena musim perayaan, menunjukkan hasil positif sejak dilancarkan 12 Ogos lepas.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata ini berdasarkan statistik pada tahun lepas, yang menunjukkan penurunan bagi tempoh sama tahun ini.
“Apa yang saya boleh katakan, matlamat kita ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan jenayah membabitkan harta benda pada musim perayaan ini, adalah postif setakat ini.
“Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan keluarkan kedua-dua statistik (kemalangan jalan raya dan harta benda) setelah operasi ini selesai,” katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong memasak lemang, ketupat, rendang dan dodol di Markas Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Ops Selamat dilancar


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Ops Sikap yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001 berubah wajah dengan pendekatan yang lebih baik apabila pasukan itu melancarkan Ops Selamat esok.

Sebelum itu, Ops Sikap dikenali sebagai Ops Statik dan Ops Pacak. Pelancaran Ops Selamat akan disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Dataran Shah Alam, Selangor.

Selain mengurangkan kadar kemalangan maut serta jumlah kematian pada musim perayaan ini, Ops Selamat juga merangkumi pencegahan jenayah termasuk kes-kes berkaitan harta benda serta jenayah jalanan.

Ops Selamat yang diberi suntikan lebih segar untuk memantapkan operasi PDRM di musim perayaan adalah selari dengan permintaan orang ramai yang mahukan kehadiran polis di kawasan perumahan semasa penghuninya balik kampung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...